Genap 60 hari Sharlinie hilang

Petikan dari Utusan Online 10/03/08.

KUALA LUMPUR 8 Mac – Walaupun masih dalam kesedihan kerana kehilangan Sharlinie anak kesayangannya, Mohd. Nashar Mat Hussain tetap keluar mengundi hari ini.

Beliau mengundi di Sekolah Kebangsaan Padang Pulut, Dungun, Terengganu kira-kira pukul 9 pagi hari ini manakala isterinya, Suraya Ahmad menunaikan tanggungjawab itu di Taman Medan, Petaling Jaya.

Menurut Mohd. Nashar, walaupun anak bongsunya itu masih belum ditemui tetapi itu tidak melemahkan semangatnya untuk keluar mengundi.

“Kesempatan pulang ke kampung juga dapat saya gunakan untuk merisik maklumat cara-cara lain bagi mengesan penculik anak saya. Saya memang amat berharap pihak polis dan orang ramai terus mencari Sharlinie yang hari ini genap 60 hari dia hilang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sharlinie, 5, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya ke rumah mereka di Taman Medan dekat sini pada 9 Januari lalu.

Mohd. Nashar yakin anaknya itu masih hidup dan berada dalam keadaan selamat.

Beliau menganggap segala usaha mencari yang melibatkan semua pihak setakat ini menemui jalan buntu sebagai dugaan Tuhan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed menegaskan pihaknya akan mencari sehingga Sharlinie ditemui.

Kata Arjunaidi, maklumat yang diterima sangat terhad selain perlu dianalisis bagi menjejaki penjenayah terbabit.

Ps: jangan terlupa pulak, Kes Adik Sharlinie nie – kerna takut Leka dengan Isu-Isu PRU.

Sama-sama kita berdoa, semoga adik sharlinie, di kembali kepada keluarganya dengan sihat, selamat. Pulang Lah Adik Sharlinie.!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s