indeks komposit susut 123.11 mata

indeks komposit susut 123.11 mata
Oleh Zainab Mohd Yatim (Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Pasaran saham tempatan mencatat kejatuhan besar apabila Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 123.11 mata atau 9.5 peratus kepada 1,173.22, dalam dagangan yang menyaksikan pemberhentian sementara urus niaga selama sejam mulai jam 2.58 petang semalam.

petikan dari http://www.bharian.com.my

”  Peniaga menyifatkan prestasi itu sebagai terburuk dalam sejarah urus niaga saham negara sehingga memaksa urus niaga digantung secara automatik apabila KLCI jatuh 10 peratus atau 130.01 mata kepada 1,166.32. ”

Katanya, kejatuhan itu juga dilihat sebagai reaksi spontan terhadap keputusan pilihan raya yang di luar jangkaan apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) menang tipis, tetapi beliau tidak menjangka pasaran akan memberi reaksi keterlaluan sehingga urus niaga terpaksa diberhentikan menerusi penggunaan ‘Circuit Breaker’, kali pertama sejak ia diperkenalkan pada 2002.

Beliau menjangka lebih banyak tekanan jualan dalam tempoh tempoh terdekat dan sentimen dagangan dijangka kekal lemah sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu sebelum benar-benar pulih.

“Mungkin pelabur akan membuat belian saham pada harga murah bagi mengambil kesempatan daripada harga saham yang jatuh dengan ketara, tetapi sentimen dagangan keseluruhan yang lemah tidak mampu memulihkan keadaan dalam tempoh singkat,” katanya ketika dihubungi.

Ketua Ekonomi Rating Agency Malaysia Bhd, Dr Yeah Kim Leng, juga menyifatkan kejatuhan besar yang dicatat semalam lebih teruk daripada jangkaan dan ini diburukkan lagi oleh kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang turut menjejaskan pasaran serantau.

Berita Lanjut http://www.bharian.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s