Hari Ke 16

Dah 16 hari keputusan Pilihan Raya Umum dah umumkan. tapi tapi Masih ada lagi suara – suara kecil di setiap lorong- lorong, jalan – jalan mahupun lebuh raya. dari Utara hinggalah ke Selatan dan Juga dari Pantai barat hingga ke Pantai Timur.

Baik ia seorang pembuat roti canai, suri rumah tangga, pemandu teksi, bas dan juga semua peringkat dan golongan masih berbual & membincangkan. PRU ke 12 ini.

Di sini, apa yang aku lihat, baca di Surat Khabar, blog, Portal, Berita di TV, Soalan nya aku adalah?

1: Di Mana Saudara KJ, beliau terus hilang dari Media selepas PRU12?

2: So far Pak Lah, tak ada apa ulas mengenai Kekalah Teruk BN ( 140 Kerusi Parlimen)

3: 2 Negeri di menangi oleh BN / UMNO – Hadapi Masalah Perlantikkan Menter Besar Perlis & Terengganu
*Nota : MB Terengganu, masih belum di lantik.

4: Hak Hak Istimewa orang Melayu Kian hilang / Di Hapuskan.
*Pulau Pinang – DAP, Perak – DAP ( MB – Org Melayu tapi Exco Org Cina)

2 responses to “Hari Ke 16

  1. Berikutan kemelut perlantikan MB di Trengganu, rujukan kepada Jadual 8 (Bahagian 1) perlembagaan Malaysia adalah penting sekali.

    seksyen 1(2) menyebut: The Ruler (Sultan negeri berkenaan) jika mahu (may) bertindak mengikut budibicaranya (act in his discretion) dalam menjalankan tanggungjawabnya (atau tugasnya) iaitu:
    (a) perlantikan Menteri Besar

    Seksyen 2 bahagian yang sama memperuntukkan;
    seksyen 2 The Ruler (Sultan negeri) hendaklah melantik Majlis Eksekutif.
    seksyen 2(a) The Ruler (Sultan) hendaklah melantik dulu MB untuk menyidangi Majlis Eksekutif… yang pada keputusannya (in his judgment likely to command) akan dapat keyakinan sebahagian besar ahli-ahli majlis.

    Disini, pada pendapat saya keputusan Sultan (in his judgement) adalah prerogatif (kuasa budibicara) Sultan sendiri – samada betul atau tidak itu isu berlainan. Keputusan Sultan dikira muktamad, dan bukan sesuatu yang boleh dirayu atau mana-mana pihak yang terkilan ada hak rayuan.

    Section 4 bahagian sama – Dalam melantik MB, the Ruler (Sultan) jika mahu (may) mengikut budibicaranya (in his discretion) mengetepikan mana-mana peruntukkan perlembagaan negeri yang menghadkan pilihannya (Sultan) untuk dijadikan Mentri Besar, jika pada pendapatnya (in his opinion) ia dikira perlu berbuat demikian bagi tujuan bahagian ini.

    Dengan demikian keputusan Sultan Trengganu adalah prerogatif Sultan sendiri dan bukan sesuatu yang mana-mana pihak terkilan mempunyai hak untuk merayu.

    Ini yang mak saya maksud – nangis tak berlagu.

    SiMaun – pensyarah

  2. sebenarnya nak betulkan sttement “hak istimewa orang Melayu kian hilang/dihapuskan”

    sebenarnya, negeri2 yang dimaksudkan itu, dibawah BN pon sudah lama terhakis.
    UMNO yang perjuangkan Melayu pon hanya retorik, tapi hakikatnya pengertian ‘melayu’ bagi mereka hanyalah kroni-kroni dan konco2.

    apa bezanya Pulau Pinang di bawah Gerakan dan Pulau Pinang di bawah DAP??? dulu nasib Melayu terbelakah??

    walhal, negeri di Selatan (johor), yang dikatakan sangat2 bertuankan Melayu (UMNO), mengapa kebanyakan tanah telah tergadai ke singapura??? lihat saja WPI. buaknkah kebanyakn projek pergi ke perut si K (singaporean)??

    Pada saya, di Malaysia ni tidak ada istilah Melayu. yang ada hanya istilah MELAYU-UMNO.

    Nak cari Muslim, sila datang ke Kelantan.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s