Jangan tangguh lagi — Puteri

Jangan tangguh lagi — Puteri, pemimpin UMNO mahu pemilihan parti diteruskan

KUALA LUMPUR 26 Mac – Pergerakan Puteri UMNO dan beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu menolak saranan supaya pemilihan UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan MT ditangguhkan lagi.Sebaliknya, mereka berpendapat, pemilihan tersebut tetap perlu diadakan tahun ini setelah ia ditangguhkan pada tahun lalu bagi memberi laluan kepada parti itu bersiap menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-12.Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, dari segi peraturan, pemilihan UMNO memang boleh ditunda selama 18 bulan yang hanya akan berakhir pada Jun tahun depan.Namun, katanya, Puteri UMNO berpendapat ia tetap perlu dilangsungkan tahun ini.“Seandainya pemilihan tidak dapat dibuat pada bulan Ogos sebagaimana dibayangkan sebelum ini, pemilihan tetap perlu diadakan selewat-lewatnya Disember 2008,’’ kata Noraini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.”Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib semalam berkata, para pemimpin badan perhubungan UMNO negeri yang bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini mencadangkan supaya pemilihan parti itu ditunda ke Jun tahun depan bagi mengelakkan berlaku ‘malapetaka’ politik negara. “- Sumber Utusan Online* Ada Kebaikkan & Keburukan , mengenai AGM UMNO di tangguhkan. Kita Tunggu Jawapan dari MT UMNO. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s