Cuepacs Boikot Dua Majlis Berkaitan Pekerja

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan memulaukan sambutan Hari Pekerja dan perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam pada bulan depan jika kerajaan gagal memberi kata putus berhubung lima tuntutan kesatuan itu sebelum ini, selewat-lewatnya pada 29 Mei.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata dua majlis peringkat kebangsaan itu yang akan dipulau oleh Cuepacs ialah sambutan Hari Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia di Stadium Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur pada 3 Mei dan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Mei.

Bagaimanapun Cuepacs akan menganjurkan sambutan Hari Pekerja berasingan di Johor Baharu pada 1 Mei yang dijangka dihadiri 1,000 wakil kesatuan dari seluruh negara, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs di sini hari ini.

Beliau berkata kelima-lima tuntutan berkenaan iaitu

1: bayaran honorarium sebanyak RM2,000 tanpa mengira pangkat,
2: kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan dari RM180 ke RM230,
3: penambahbaikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK),
4: memberikan semula Elaun Kritikal bagi Kumpulan Sokongan Dua yang ditarik balik pada Februari lepas
5: dan melanjutkan umur persaraan wajib dari 56 tahun kepada 60 tahun
sebelum kesatuan itu mengambil langkah seterusnya.

Berita Penuh @ BERNAMA
* sumber dari BERNAMA ONLINE

Ps : Setuju !!! hidup CUEPACS!!

jika lah ia di tunaikan sebelum PRU 12, rasernya BN menang besar kot. Sebab Rakyat sedang ‘penat’ dengan kenaikan Harga.

Dengar Lah ” SUARA RAKYAT “

One response to “Cuepacs Boikot Dua Majlis Berkaitan Pekerja

  1. Bukan nak kata, tapi macam tak berbaloi aje kalau kerajaan sekarang ni melayan tuntutan ceupacs. Tahun lepas dah ada kenaikan gaji untuk pekerjaan kerajaan, tapi lihat lah, kesan nya adalah kenaikan barang. Lagi satu, apa yang aku x puas hati, kerja yang dibuat tu masih sama. masih tidak efisyen + lemb*b. Bukan semua macam tu, tapi untuk mereka yang bekerja kerajaan tu, fikir2kan lah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s