Hidup Lebih Terjamin di Selangor – Kata Wakil

BANTAH…Sebahagian daripada 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam, sebagai membantah keputusan Exco meneruskan projek mega ternakan babi di daerah itu. – Gambar SAHARUDDIN ABDULLAH – di ambil dari Utusan Online

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan meneruskan cadangan membina ladang ternakan babi moden di Kampung Tumbuk, Kuala Langat dalam Parlimen Sepang kerana kawasan itu telah menjadi tapak utama ladang babi.

Berikutan itu, orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah cadangan tersebut kerana dikhuatiri akan membawa pencemaran alam sekitar di Sepang.

Shahamid memberitahu, selain pantai sekitar kampung Tumbuk, pantai di kampung Gadong, pekan Tanjung Sepat dan Batu Laut antara yang teruk terjejas akibat pencemaran sisa buangan najis babi itu.

Petikan dari Utusan Online ” Babi ancam nelayan Tanjung Sepat Oleh HAMDEN RAMLI “

Senyum Blog :

” Hidup Selangor & Kerajaan Baru ” – bak kata “mereka”

– Wah Kini Babi dah Hidup mewah lah….. Kesian kat Lembu & Kambing masih cara Semi Moden.
– Emm Kenapa Pihak Kerajaan Negeri Lulus ? Sebab Kerajaan Negeri Ada Kuasa utk Membatalkan Projek tersebut. Tengok cara EXCO Kerajaan Negeri ” ” benar beriya iya – mengenai Kelulusan Kerajaan Negeri.
– Kerna Ladang babi, manusia “orang melayu” hilang sumber pendapatan.

Nie baru sedikit kesan lepas PRU – beberapa Negeri bertukar Kerajaan Negeri,

Menurut salah seorang anggota Exconya yang juga Setiausaha Nasional Wanita DAP, Teresa Kok, Selangor berhasrat menjadi contoh terbaik kepada kerajaan negeri lain dalam mengusahakan penternakan ladang babi secara moden.

Menurut Mohd. Tarmudi, ketika ini dianggarkan lebih 20 ladang penternakan babi terdapat di kawasan itu dengan jumlah keseluruhan babi mencecah 300,000 ekor.

– Petikan Kerajaan Selangor Rakus – Utusan Online

Perlu ke Ladang BABI tu? untuk menapung keperluan Rakyat Malaysia ?? Atau Nak jadi Pengeluar Babi terbesar di Dunia ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s